Artis perantaraan dan pembersihan Juruanimasi

Di studio-studio lebih besar, setiap juruanimasi dibantu oleh beberapa orang pembantu, iaitu "inbetweeners" dan "cleanup artists", yang membuat lakaran antara "key pose" yang dilakarkan oleh juruanimasi, serta melakar semula mana-mana lakaran yang terlalu kasar. Biasanya, seseorang artis yang baru diambil kerja ke dalam kategori ini, sebelum boleh mengorak langkah ke taraf juruanimasi sepenuhnya.